Sunday, November 11, 2012

hasil melangut kebosanan

.hai.
lama rasa x hapdet kt cni...mgu lps ari jg spm..mlm ja pengsan awal..mmg x larat nk nk berbelog dh...
so, dh selamat 4 paper..last ak jg spm 29/11 ppr seni 2..melangut lgi la..
pling x leh blah dok lawan mengntok ngn budak2..hhaha~
dan spnjg mggu lps jugak la terjadi perkara pelik...kui3..klu diingatkan blik cm nk gelak dgn byk..dan sempat jugak lah ak menukis beberapa nukilan..
nak tau??ok..continue reading..

isnin - 5/11
x da sbrg nukilan..pes day jagakan so cm skema2 je la..

selasa - 6/11
nukilan aku

tajuk : bolos
ruang itu kosong lagi,
dinding dinding menjadi sepi,
sesepi himpunan camar yang mati,
sesunyi jasad yg telah pergi.

ruang itu bolos,
tidak dihuni,
tidak dikunjungi lagi,
yang tinggal hany gema sepi.

dia datang menjenguk,
menitip sebuah bekalan,
terisi sipi kegembiraan,
tercolek ciputnya kasih,
mencuit sejuta cinta,
menganyam ribuan rindu,
meninggalkan gunung harapan.

tanpa sedar,
tanpa rela,
tanpa sedia,
dia menyusur pergi.
prginya membolos hati,
meretakkan impian,
merobek anyaman rindu,
cinta jadi duka,
duka jadi lara,
lara menitiskan air mata.

hati itu bolos,
bolos tanpa nyata,
bolos tanpa harapan.
yang tinggal perit-perit duka.
masihkah ada sang pencinta yg setia?
yg sanggup berkongsi rasa?

bolos itu sukar dibaiki.
biarkan ia sembuh sendiri.

tapi kini,
arjuna pembolos kembali,
membawa,
sejuta kisah jiwa,
seribu ayat-ayat cinta,
membeli sekeping hati,
menggali, mencari cinta dan emosi,
sadis,
semua itu takkan kembali,
tertanam di tengah pusat bumi.
maaf, hati telah terluka,
berdarah dimata,
terkunci bicra cinta,
aku redha,
kerna,
tidak mahu hati dibolos derita.

12.10 tgh hari
6/11/2012
SMK Sedaya

rabu - 7/11/12
nukilan 2

tajuk : wahai hati

kelu lidah mengungkap bicara,
beku hati melahirkan rasa,
kaku jiwa merasa cinta,
bisu bibir menzahirkan cinta,
dia juga simpan segalanya,
dia juga merasakan kecewa,
dia juga ditempatkan bahagia,
tapi,
setinggi mana dia bahagia,
sedalam mana dia derita,
tenanglah wahai hati,
tanpa kau,
tak mungkin mereka merasa,
indahnya dunia,
peritnya kecewa.

11.00 a.m
7/11/2012
SMK Sedaya

khamis - 8/11/12

tajuk : ingatan dan fikiran

ingatan,
merungkai sebuah memeori,
mencari pintu misteri,
yang entah bila ditemui,
suatu penemuan diakhiri.

ingatan,
menyingkap sekotak rahsia,
tika bermula satu ceritera,
kasih berpaut uda dan dara,
menyemai cinta,
membaja cita.

ingatan, tika bahagia dipuncak ancala,
sang bayu menitip sebuah bicara,
bicara bisu tingkah sang uda,
mula mengalir sungai derita,
mula bertumbuh pokok prasangka.

fikiran, akal mula menyonsong kata,
habis ditilik bicara manisnya,
dacing masa menimbang setia,
pembaris cinta mengukur derita,
akhirnya disarung sepatu kecewa.

fikiran,
tika minda mengarah jiwa,
mengusir emosi yg berbelantara,
hati diluka pidana cinta,
bahagia cita bukan milik dara,
akhirnya tamatlah riwayat bahagia.

derita mengiring langkah si dara,
digalas dihatinya sarang kecewa,
berenang diderasnya airmata,
mencari penawar rahsia.
biarkan,
sengsara diusung sang uda,
derita terpahat ke keranda,
menyesali kekhilafan jiwa,
bernafas dalam lumpur dosa,
dosa membunuh cinta jiwa.

biarkan fikiran menolak ingatan,
jauh ke dasar lautan,
fikiran mencerna kekuatan
membumikan segala ingatan,
ingatan tentang kekecewaan,
fikiran mencari ketenangan,
dlm melangsungkan kehidupan.

walau duka melara,
ku takkan lupa,
syukran untuk dia,
kerana memberi aku,
pengalaman bermakna.

1045 a.m
8/11/2012
SMK Sedaya

ok.
tu je kot dpt aku kngsi..
da~

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting